Powered By Blogger

Sunday 19 June 2011

petua cantik

cantik sering menjadi topik utama perbualan tidak kira sama ada diajukan merujuk individu,
harta mahupun permilihan warna dalam kehidupan, ia hadir sebagai bonus melambangkan
kesempurnaan dalam kehidupan.
topik isu kecantikan juga bukan dari segi paras rupa, tetapi juga dari cara pemakaian kita sendiri,
serta kesopanan dan budi bahasa kita juga sebagai lambang peribadi masing-masing,
tidak mengira warna kulit, umur,  semua itu juga di kira sebagai lambang peribadi dalam setiap individu...
bagaimanapun satu perkara yang pasti, kecantikan tidak boleh di pisahkan daripada insan yang bernama wanita
sejak azali lagi, wanita memang mengidamkan serta menjaga dari hujung rambut hingga hujung kaki.
maka, rahsia tradisional dan petua kecantikan semula jadi di turukan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun lalu mampu diamalkan dan memberikan kesan yang cukup memuaskan

Amalan Penjagaan Rambut

melembutkan rambut
Ambil sengengam kangkung.masukan kedalam bekas
bersama enam camca air suam dan ramas
kangkung hingga mengeluarkan lendih,
lendir di sapukan pada rambut dan biarkan seketika.
bilas , lakukan selama dua minggu.

Melebatkan Rambut
ambil daun bunga raya dan bersihkan lalu di ramas
sehingga keluar lendir, ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur
ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. gaul kan
dan sapukan pada rambut. perap guna tuala selama
10minit dan cuci, amalkan dua kali seminggu.

Mengelak Rambut Gugur
ambil daun bunga raya dan lidah buaya,
basuh dan kisarkan hingga hancur, perap ramuan
diatas kepala selama sejam. lakukan 2kali seminggu.

Rambut beruban
ambil secawan air kelapa tua dan gosokan pada kulit kepala perlahan-perlahan
dan lakukan setiap hari atau 3kli seminggu .
uban yang jelas akan bakal kurang kelihatan

menghilangkan kelumumur
perahkan air limau purut atau limau nipis ke atas kepala dan
limurkan sehingga rata. bagi mendapatkan hasil yang berkesan,
rambut yang telah dilumurkan dengan perahan tadi balutkan dengan tuala.
hingga beberapa jam dan kemudian dibilas dengan air suam.

Rambut Berbuah
ramaskan daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar
serta air, sapukan pada rambut biarkan selama 30minit,
kemudian bilas, lakukan 2 minggu sekali


WAJAH SIHAT BERSERI

menghaluskan kulit wajah
didihkan susu segar ataupun susu tepung bercampur air
biarkan ia sejuk sebelum disapukan pada muka.
biarkan kering dan basuh.

menegangkan kulit muka
gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan
lalu campukan kedua-duanya dengan sedikit air. kacaukan hingga rata
dan jangan terlalu cair, selepas itu sapukan ke muka hingga kering sebelum dicuci
atau rebus segengam biji kani (manjakani) di dalam periuk tanah sehingga mengelegak
dan pekat, apabila suam sapukan pada wajah atau bahagian kulit bermasalah
tunggu sehingga kering dan di cuci.

merawat kulit berkedut
parutkan sebatang lobak merah dan dicampurkan bersama sesudu tepung
jaggung dan sebiji kuning telur. kacau bancuhan untuk di sapu kekulit sekali sehari.

kulit cerah dan licin
ambil sebiji limau nipiis dan di belah dua. semasa mandi, gosokan
pada tubuh dan muka,kesannya kulit akan cerah, licin dan harum.

menghilangkan jerawat
campurkan badak sejuk dengan air asam jawa.
sapukan pada jerawat , ia akan hilang beransur-ansur

PENJAGAAN MATA

Mengurangkan mata Gatal
ambil beberpa helai daun sirih muda,
ramaskan dan masukan ke dalam air suam
selepas itu tapis, rendamkan mata sambil berkelip secara berulangan,
lakukan setiap hari atau selalu.

menyegarkan mata
ambil timun yang sudah dihiris membulat dan llekap pada kelopak mata
biarkan beberpa ketika dan anda akan merasa kesegaranya.

menghilangakan lebam mata
teh uncang sudah di gunakan. lekap pada mata dan
biakan semalam. lakukan 3kali seminggu ketika hendak tidur

bulu mata lentik
gunakan daun lidah buaya sebelum masuk tidur
sapukan lendir nya pada bulu mata dan amalkan hingga bulu mata lentik. 


SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN


No comments:

Post a Comment