Powered By Blogger

Sunday 19 June 2011

petua sihat

 Tahukah kamu di sebalik rempah terkandung pelbagai manfaat untuk kesihatan?
Ia bukan sahaja menjadikan setiap masakan lebih enak, tetapi ada antaranya yang MEMILIKI KHASIAT untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

MADU

Madu lebih manis berbanding gula, namun MADU MEMPUNYAI 1001 KHASIAT UNTUK KESIHATAN berbanding gula kerana…

Sembelit
Gula yang terkandung di dalam SATU SUDU MADU berfungsi SEBAGAI BAHAN SEMULA JADI UNTUK MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN.

Luka akibat benda tajam
KANDUNGAN GULA yang tinggi di dalam madu membantu MENYEMBUHKAN LUKA, MEMBUATKAN BAKTERIA SUKAR UNTUK TERUS HIDUP DAN MEMBIAK. Beberapa doktor juga percaya bahawa dengan menyapukan madu pada luka, ia akan MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN.

Sakit perut
Madu ternyata boleh MEMBANTU MENGURANGKAN DERITA SAKIT PERUT. NAMUN HARUS DIINGAT! Jangan sesekali kamu memberi madu kepada kanak-kanak yang berumur bawah setahun tanpa meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

BAWANG PUTIH
Rempah beraroma tajam ini merupakan antibiotik semula jadi yang baik untuk tubuh. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya:

Kaki berbau
SAPUKAN KAKI DENGAN BAWANG PUTIH MENTAH, kemudian sarungkan kaki dengan stoking dan biarkan semalaman. Lakukan kaedah ini sehingga kaki kamu tidak lagi berbau.

Kolestrol tinggi
MAKAN SATU ATAU DUA ULAS BAWANG PUTIH UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KOLESTROL DALAM HATI. Namun sekiranya kamu sedang mengambil ubat jenis WARFARIN (sejenis ubat yang mencegah pembekuan darah), dinasihatkan agar tidak mengambil bawang putih terlalu banyak.

TEH
TEH bukan sahaja menjadi penyejuk badan, bahkan mampu membuatkan seseorang itu mempunyai risiko yang rendah di serang SAKIT JANTUNG, STROKE, KANSER dan KEROSAKAN GIGI.

Terbakar matahari
TEH mengandungi pelembap yang boleh mengurangkan kesan radang pada kulit. Cara mudah, letakkan kantung teh celup yang sejuk pada bahagian yang terbakar selama 20 minit UNTUK MEMBANTU MENCEGAH KULIT MELEPUH SERTA MEREDAKAN RASA SAKIT PADA BAHAGIAN TERSEBUT.

Luka
Letakkan kantung teh celup pada bahagian yang luka selama beberapa minit untuk MENGURANGKAN RASA PEDIH PADA LUKA.

PISANG
Kaya dengan serat dan potasium yang BAIK UNTUK JANTUNG. Selain itu, ia juga boleh MEREDAKAN KESAKITAN PADA LUKA. Manfaat pisang sebagai terapi alternatif:

Kekejangan
Hancurkan pisang, kemudian sapukan pada bahagian otot yang kejang. Balut dengan plastik dan biarkan semalaman. (PISANG MEMBANTU MENGENDURKAN OTOT YANG TEGANG).

Mata kering
Makan pisang setiap hari untuk membantu MEREDAKAN KEPEDIHAN AKIBAT MATA KERING. Kandungan potasiumnya membantu MENGENDALIKAN PENGELUARAN CECAIR PADA SEL-SEL TUBUH.

No comments:

Post a Comment