Powered By Blogger

Friday 17 June 2011

berfikir sejenak..

Jam dinding menunjukkan pukul 7.04 pagi . selesai solat subuh saya segera men-onlinekan lappy jenama HP model G-42 kesayangan saya . alhamdulilah , syukur kerana Tuhan memberikan nikmat kepada saya untuk memiliki sebuah lappy . lappy ini adalah hadiah daripada emak saya ,Azimah Binti Yahya . Terima kasih mak .Saya sangat menghargai segala pemberian daripada emak .

Saya masih lagi pening pening lalat - gara gara tidur tak betul . apa tak nya, malam tadi lepas solat magrib ingat nak baring baring sekejap rupanya terlajak tidur sampai 2.00 pagi . Tersedar dari tidur , mata pon tak nak lelap lagi . saya bangkit dari tidur , terus ke bilik air . Cuci muka . Segar .Tekak terasa haus ,maka dengan rela hati saya masak air untuk buat 'milo panas segera' . Saya duduk di kerusi termenung . tak tahu la apa yang dipikir . kadang kadang rasa macam seorang budak yang mempunyai IQ yg rendah pula . heh , entah apa apa saya ni .

Tiba-tiba fikiran saya menerawang entah jauh ke mana memikirkan mase depan saya . jujur saya katakan saya masih tidak nampak lagi hala tuju masa depan saya kelak . adakah ini ujian dari Tuhan yang mahu saya berfikir dengan lebih mendalam tentang kehidupan ini ? Ya Allah , cukup la dengan ujian yang Kau dah berikan kepadaku tempoh hari . * tidak mahu bercerita mengenai perkara ni . biar la saya seorang je yang tau .

Kadangkala , apabila saya terlalu tertekan saya akan menangis keseorangan . Mungkin itu dapat mengurangkan segala masalah yang saya hadapi . Tanpa teman rapat atau keluarga , saya tabah mengharungi segala dugaan . Saya akui saya insan yang lemah . Selalu juga berfikiran kenapa Tuhan tidak adil kepada saya seperti orang lain ? Sepatutnya saya tak lebih bersikap positif dalam hal seperti ini . Tuhan menguji kita supaya kita tidak leka dengan segala nikmat yang Dia dah beri .Ya , saya perlu ubah fikiran saya supaya lebih matang .

Kita juga kena sedar bahawa tidak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat . Inilah kehidupan . Banyak dugaan , banyak cabaran .Saya berdoa dan terus berdoa semoga Tuhan permudahkan perjalanan hidup saya supaya menjadi seorang anak yang berguna dan dapat berbakti kepada ibu bapa , agama , bangsa dan negara saya kelak . Amin . Insya-Allah .


"Bismillahirrahmanirahim .Ya Allah , sesungguhnya aku insan yang lemah . Aku terima segala dugaan yang Kau berikan kepada ku ini dengan redha . Aku mohon kepadaMu , Ya Allah supaya terangi lah masa depanku  ini Ya Allah . Kau Permudahkan lah perjalanan hidupku ini dan jadikan aku manusia yang berjaya di dunia dan akhirat ."  Amin  .

berusaha untuk bangkit dari kegagalan .

No comments:

Post a Comment