Powered By Blogger

Sunday, 19 June 2011

petua cantik

cantik sering menjadi topik utama perbualan tidak kira sama ada diajukan merujuk individu,
harta mahupun permilihan warna dalam kehidupan, ia hadir sebagai bonus melambangkan
kesempurnaan dalam kehidupan.
topik isu kecantikan juga bukan dari segi paras rupa, tetapi juga dari cara pemakaian kita sendiri,
serta kesopanan dan budi bahasa kita juga sebagai lambang peribadi masing-masing,
tidak mengira warna kulit, umur,  semua itu juga di kira sebagai lambang peribadi dalam setiap individu...
bagaimanapun satu perkara yang pasti, kecantikan tidak boleh di pisahkan daripada insan yang bernama wanita
sejak azali lagi, wanita memang mengidamkan serta menjaga dari hujung rambut hingga hujung kaki.
maka, rahsia tradisional dan petua kecantikan semula jadi di turukan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun lalu mampu diamalkan dan memberikan kesan yang cukup memuaskan

Amalan Penjagaan Rambut

melembutkan rambut
Ambil sengengam kangkung.masukan kedalam bekas
bersama enam camca air suam dan ramas
kangkung hingga mengeluarkan lendih,
lendir di sapukan pada rambut dan biarkan seketika.
bilas , lakukan selama dua minggu.

Melebatkan Rambut
ambil daun bunga raya dan bersihkan lalu di ramas
sehingga keluar lendir, ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur
ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. gaul kan
dan sapukan pada rambut. perap guna tuala selama
10minit dan cuci, amalkan dua kali seminggu.

Mengelak Rambut Gugur
ambil daun bunga raya dan lidah buaya,
basuh dan kisarkan hingga hancur, perap ramuan
diatas kepala selama sejam. lakukan 2kali seminggu.

Rambut beruban
ambil secawan air kelapa tua dan gosokan pada kulit kepala perlahan-perlahan
dan lakukan setiap hari atau 3kli seminggu .
uban yang jelas akan bakal kurang kelihatan

menghilangkan kelumumur
perahkan air limau purut atau limau nipis ke atas kepala dan
limurkan sehingga rata. bagi mendapatkan hasil yang berkesan,
rambut yang telah dilumurkan dengan perahan tadi balutkan dengan tuala.
hingga beberapa jam dan kemudian dibilas dengan air suam.

Rambut Berbuah
ramaskan daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar
serta air, sapukan pada rambut biarkan selama 30minit,
kemudian bilas, lakukan 2 minggu sekali


WAJAH SIHAT BERSERI

menghaluskan kulit wajah
didihkan susu segar ataupun susu tepung bercampur air
biarkan ia sejuk sebelum disapukan pada muka.
biarkan kering dan basuh.

menegangkan kulit muka
gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan
lalu campukan kedua-duanya dengan sedikit air. kacaukan hingga rata
dan jangan terlalu cair, selepas itu sapukan ke muka hingga kering sebelum dicuci
atau rebus segengam biji kani (manjakani) di dalam periuk tanah sehingga mengelegak
dan pekat, apabila suam sapukan pada wajah atau bahagian kulit bermasalah
tunggu sehingga kering dan di cuci.

merawat kulit berkedut
parutkan sebatang lobak merah dan dicampurkan bersama sesudu tepung
jaggung dan sebiji kuning telur. kacau bancuhan untuk di sapu kekulit sekali sehari.

kulit cerah dan licin
ambil sebiji limau nipiis dan di belah dua. semasa mandi, gosokan
pada tubuh dan muka,kesannya kulit akan cerah, licin dan harum.

menghilangkan jerawat
campurkan badak sejuk dengan air asam jawa.
sapukan pada jerawat , ia akan hilang beransur-ansur

PENJAGAAN MATA

Mengurangkan mata Gatal
ambil beberpa helai daun sirih muda,
ramaskan dan masukan ke dalam air suam
selepas itu tapis, rendamkan mata sambil berkelip secara berulangan,
lakukan setiap hari atau selalu.

menyegarkan mata
ambil timun yang sudah dihiris membulat dan llekap pada kelopak mata
biarkan beberpa ketika dan anda akan merasa kesegaranya.

menghilangakan lebam mata
teh uncang sudah di gunakan. lekap pada mata dan
biakan semalam. lakukan 3kali seminggu ketika hendak tidur

bulu mata lentik
gunakan daun lidah buaya sebelum masuk tidur
sapukan lendir nya pada bulu mata dan amalkan hingga bulu mata lentik. 


SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN


make - up

 ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
.......''Make-Up Kecantikan untuk Muslimah''.....
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


.........
⊰♥⊱ Untuk kecantikan anda, bermake up lah ke salon Iman

⊰♥⊱ Hiasi mata dengan menundukkan pandangan,
⊰♥⊱ niscaya mata semakin bening dan jernih



⊰♥⊱ Warnai bibir dengan lipstik kejujuran,
⊰♥⊱ niscaya bibir semakin manis saja

⊰♥⊱ Merahkan pipi dengan rasa malu,
⊰♥⊱ niscaya semakin menawan

⊰♥⊱ Cucilah rambut dari segala pandangan liar dengan jilbab penutup yang rapat,
⊰♥⊱ niscaya akan aman

⊰♥⊱ Bersihkan diri dari dosa dan kesalahan dengan sabun istighfar,
⊰♥⊱ niscaya semakin putih jiwa anda

⊰♥⊱ Ikhlas dan hulurkan kasih sayang, niscaya semakin lembut hati anda


♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

⊰♥⊱ Dari Abdullah bin Amru bahawasannya Rasulullah Saw bersabda :
''Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah''.
( HR Muslim )

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


perempuan .

 siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betul

cepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah padamu

betapa cintanya Allah padamu

tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan =)

Saturday, 18 June 2011

sup kambing

mak : " Mia nak makan ape malam ni ? "
saya : " Err...ape ape jela mak ... "
mak : " pulak .. cepat la cakap . mak nak keluar makan ni .."
saya : " dengan siapa ? "
mak : " mak cik bip ."  ( jiran terdekat + kawan baik mak )
saya : " Ohh .. emm .. belikan yong tau fu yang dekat bentayan tu boleh ? hee .. or sup kambing .


Sup kambing ? Ya lah sup kambing . Sedap gilerr weh . Sup yang panas - panas dimakan ketika perut sedang rancak memainkan segala jenis muzik dalam perut akhirnya berakhir dengan senyuman paling menggoda abad ini  . Baru la diam cacing cacing dalam perut ni . Hahaha ...

Emak belikan saya dua bungkus sup kambing . rilex dulu .saya bukan melantak sup tu semua okeh . sup tu saya kongsi sama sama dengan ahli keluarga yang lain . rupanya mereka pon lapar juga ! haha . habis la kami sama sama kokah sup tersebut sampai licin .


Sumpah . makanan simple yang macam ni kalau kita kongsi dengan orang lain yang tak sedap pon jadi sedap . sapa setuju ? Maka , bermula episod berebut rebut menghabiskan sup . sangat tidak senonoh ! heh , jangan tiri aksi sebegini . buruk perangai sungguh .


Mak belikan sup tersebut dan hantar ke rumah sebelum keluar semula pergi makan . Balik balik , dia bawa lagi makanan .  'CHICKEN CHOP dan NASI GORENG AYAM   ' ke rumah  . Err... maaflah perutku sudah penuh . nanti muntah pula makan banyak banyak .

Enjoy dengan makanan yang ada . Tetap bersyukur . Terima kasih Ya Allah kerana masih berikan aku rezeki dan jauhkan dari kelaparan . =')

Friday, 17 June 2011

berfikir sejenak..

Jam dinding menunjukkan pukul 7.04 pagi . selesai solat subuh saya segera men-onlinekan lappy jenama HP model G-42 kesayangan saya . alhamdulilah , syukur kerana Tuhan memberikan nikmat kepada saya untuk memiliki sebuah lappy . lappy ini adalah hadiah daripada emak saya ,Azimah Binti Yahya . Terima kasih mak .Saya sangat menghargai segala pemberian daripada emak .

Saya masih lagi pening pening lalat - gara gara tidur tak betul . apa tak nya, malam tadi lepas solat magrib ingat nak baring baring sekejap rupanya terlajak tidur sampai 2.00 pagi . Tersedar dari tidur , mata pon tak nak lelap lagi . saya bangkit dari tidur , terus ke bilik air . Cuci muka . Segar .Tekak terasa haus ,maka dengan rela hati saya masak air untuk buat 'milo panas segera' . Saya duduk di kerusi termenung . tak tahu la apa yang dipikir . kadang kadang rasa macam seorang budak yang mempunyai IQ yg rendah pula . heh , entah apa apa saya ni .

Tiba-tiba fikiran saya menerawang entah jauh ke mana memikirkan mase depan saya . jujur saya katakan saya masih tidak nampak lagi hala tuju masa depan saya kelak . adakah ini ujian dari Tuhan yang mahu saya berfikir dengan lebih mendalam tentang kehidupan ini ? Ya Allah , cukup la dengan ujian yang Kau dah berikan kepadaku tempoh hari . * tidak mahu bercerita mengenai perkara ni . biar la saya seorang je yang tau .

Kadangkala , apabila saya terlalu tertekan saya akan menangis keseorangan . Mungkin itu dapat mengurangkan segala masalah yang saya hadapi . Tanpa teman rapat atau keluarga , saya tabah mengharungi segala dugaan . Saya akui saya insan yang lemah . Selalu juga berfikiran kenapa Tuhan tidak adil kepada saya seperti orang lain ? Sepatutnya saya tak lebih bersikap positif dalam hal seperti ini . Tuhan menguji kita supaya kita tidak leka dengan segala nikmat yang Dia dah beri .Ya , saya perlu ubah fikiran saya supaya lebih matang .

Kita juga kena sedar bahawa tidak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat . Inilah kehidupan . Banyak dugaan , banyak cabaran .Saya berdoa dan terus berdoa semoga Tuhan permudahkan perjalanan hidup saya supaya menjadi seorang anak yang berguna dan dapat berbakti kepada ibu bapa , agama , bangsa dan negara saya kelak . Amin . Insya-Allah .


"Bismillahirrahmanirahim .Ya Allah , sesungguhnya aku insan yang lemah . Aku terima segala dugaan yang Kau berikan kepada ku ini dengan redha . Aku mohon kepadaMu , Ya Allah supaya terangi lah masa depanku  ini Ya Allah . Kau Permudahkan lah perjalanan hidupku ini dan jadikan aku manusia yang berjaya di dunia dan akhirat ."  Amin  .

berusaha untuk bangkit dari kegagalan .

Wednesday, 15 June 2011

story about him ..

Daddy.......

Ayah......


bapak.....

abah........
  
 papa..




Tak kira la ape pon yg kite panggil kepada orang kat atas tu .dia yang melahirkan kita ,tkde dia, takde la kita sekarang ni.. kita patut bersyukur tau Tuhan ciptakan kita kat dunia ni . Sebagai anak , kita patut menghormati 'ayah' sendiri . * mak pon kita kena hormat jugak tau . ingat .... syurga di bawah telapak kaki ibu . hoi , tu peribahasa la .  jgn plak nanti awak pergi angkat kaki mak awak tu semata-mata nk  tengok  bawah  telapak kaki mak awak yg tak berapa 'tegang' lagi tu . memang tak la wehh . silap - silap kang kena penampar . kah..kah..kah . =P

dah..dah..abaikan semua tu ..this is not the main topic . berbalik pasal ayah ,ape yg awakk suke tentang dia ? adakah sebab dia ...

kacak ?


banyak duit ?

terkenal ?


sikap 'cool' dia ? 



penyayang ? 



selalu bawak kita jalan jalan



 ilmu pengetahuan ? 

  
saya suka ayah saya sebab misai dia . Eh .. boleh ke suka sebab tu ?



hahahahahahahahahaha ..( gelak jahat )


awak pulak bagaimana ?


ha , jawab sendiri . sebab yg tu ayah awak sendiri . secara jujur memang saya sgt bersyukur sebab masih ade ayah lagi dari lahir smpi sekarang . cube bayangkan kalo  takde ayah ape akan jadi ? mungkin... kita akan jadi sorang anak yg derhaka  pada orang tua sendiri ?  jahil pada agama sebab tkde sape nak bimbing dengan tegas ? jadi sampah masyarakat sebab tkde akhlak yg baik ? jadi cikaro bergaul dengan mat rempit yg entah hape hape tu ? mencuri ? jual dadah ?  


sape tau kann.. semua tu takde yang mustahil zaman sekarang ni..kalo takde ayah..sape yang nak ....





  angkat kita masuk dalam bilik lepas tertido kt ruang tamu ?

suruh kita tutup aurat . jgn dedah sane sini ? 

nasihatkan kita tentang lelaki yang perangai macam mana patut kita kawan ke tak ?

 pergi skola dengan mak amik  report kad ?

bagi kita duit , makanan , pakaian  ? (kalo tak dapat something mase tu mogok habis habisan .  hentak kaki kuat kuat . atau melalak mcm hon lori kayu balak . teruk betul ! )

bayar yuran sekolah kita ?


bawak kita pegi hospital bila sakit ? 

nasihatkan kita supaya belajar rajin rajin ? 


marah kita sebab kita tiada keyakinan diri sendiri ? 


ajar kita bawak basikal  roda 2 sebelum  benarkan kita bawak kereta auto ? 


cat rumah kita ? pomen paip pecah ? angkat pasu bunga yg berat depan rumah kita tu ? bagi ikan makan ????



sape lagi kalo bkn ayah kita kan ...cakap pasal keyakinan diri ..ayah selalu mara sebab saya selalu kata diri saya useless ..heh ( sunguhh haprak lagi poyoz contoh ini..but.. that's not the point ) so.. selagi ade ayah .. buat la sesuatu yg dapat happy kan hati dia. even sebesar zarah sekali pon . dan saya berjanji  akan balas semula jasa dia dan mak satu hari nanti . amin . insyaallah . 

ayah also makes me feel nak cari seorang husband yang mcm dia one day  . caring , penyabar , cool , think positive , pentingkan agama , bertanggungjawab , tabah , tegas pada mase yang betul . Lihat lahh .. betapa tinggi nya saya memandang ayah saya selama ni .tapi tak la setinggi KLCC yer . KLCC ? teringat gelaran saya yg diberikan oleh kawan baik saya  Ana dan adik kesayangan saya , Apam . entah ape ape mereka tu .conclusion nya , saya sangat respect ayah saya . walaupon sebelum ni ayah penah 'down' sebab masalah kerja . tapi.. dia harungi jugak . syukur semua tu dah berakhir .


kepada kawan-kawan kita yang dah tkde ayah lagi tu mari sedekahkan al-fatehah . semoga rohnya di cucuri rahmat . dan semperna HARI BAPA yang tak lama lagi ni saya nk ucapkan selamat hari bapa kepada ayah saya sendiri .. 


(ABDUL BASID BIN SOKIM)

ayah, terima kasih kerana melahirkan mia . maafkan segala dosa mia sepanjang mia hidup . maafkan segala salah silap mia . maafkan mia kerana dah banyak menyusahkan ayah sejak mia lahir sampai sekarang . terima kasih kerana bimbing mia .walaupun kadang-kadang mia merajuk ngan ayah tapi mia tetap sayang ayah..  mia sayang ayah .semoga ayah panjang umur , murah rezeki , sihat selalu . amin . =') 





*oke . story dah habes . no more story .katakan selamat jalan Romeo kepada episod tangisan air mata seperti ini . Sila baling popcorn lemau ke arah saya sekarang . =P


Sunday, 12 June 2011

hijab style =)









Ber- hijab atau pon bahasa mudahnye , 'ber- tudung' . saya mula berhijab sejak umur 10 tahun . mase tu darjah 4 . Mak memang tak pernah paksa saya dalam soal bertudung ni . Mak cuma pesan macam ni kat saya ...

' Mia , kalau dah sedia kamu pakai la tudung ye.. '

Tu yang mak pesan kat saya 9 tahun yang lepas . sekarang usia saya dah 19 tahun . kalau nak kawin , dah boleh kawin dah .mcm ade sorang kawan skola saya . dia dah kawin dah awal februari aritu ..hmm..tapi.. dengan sape saya nak kawin ? pakwe pon takde . haha . ^^ .tak nak la kawin muda , saya nak kejar cita - cita saya dulu . kumpul aset pastu baru kawin . alhamdulilah .entah macam mane ketika tu tergerak hati nak berhijab sampai sekarang saya masih berhijab . syukur kepadaa Tuhan sebab bukak kan pintu hati ini .

cakap pasal hijab..sekarang ni macam - macam style berhijab kan..dan macam - macam corak , bentuk , warna .. kalo perasan la . zaman dolu - dolu pakai tudung bawal je .wait ! tudung bawal ? ala .. tudung yg ade batu bata tu . konon konon bling bling la bila kena cahaya , nasib baik takde tudung pari , tudung cencaru , tudung siakap ,gelama , ikan paus . eh   ttibe merewang apesal ? ! haha . oke , pastu  kalau nak nampak lawa sikit tudung tu buat ala ala 'kupu kupu' selempangkan kiri kanan . tapi sekarang dah tak layan dah style cm tu . eksyen ! ketinggalan zaman la konon nya tu . ecehhh .

sambung lagi .. soal pasal hijab ni.. kita boleh gayakan nye dengan macam macam style . ikot diri sendiri . asalkan jangan melebihi batas yg tak sepatutnya . lagi satu dalam hal ni ..walaupon kita berhijab , tp kita kena jaga adap sopan yg lain . contohnya jgn pakai baju yg ketat . mcm nangka busuk la . tak sopan la orang tengok . ingat kan orang lain dan jugak diri sendiri ,apa yg kita lakukan tu orang akan menilai . jadi fikir fikirkan la .jgn sampai kita jd buah mulut orang . kan tak elok tu .

wanita yg bertudung melambangkan keindahan islam dan keagungan Allah S.W.T sebagai pencipta yg maha Esa . hmm.. pernah tak dengar orang ckp cmni .. 'ala , kalau tak bertudung , tak semestinya orang tu jahat ' . pernah ? memang . tidak dinafikan . tp kalau bertudung kan lebih manis . dan pernah tak dengar orang cakap macam ni ..' pakai tudung tapi perangai macam sial ! ' hmm .. bila dengar orang cakap camtu kita rase nk marah kan . yela , ade jugak orang yg sekadar bertudung tp budi bahasanye entah ke mana . tkde orang yg sempurna kt dunia tp .. kita mesti cuba untuk jadi orang yang sempurna . contoh .. jgn sakitkan hati orang . jgn mengumpat .jgn cari pasal dengan orang . jgn mara-mara orang .orang tak suka,  Tuhan pon marah tau .so ade akal pk la secara matang .


 .  nk ajak orang  yg tak bertudung untuk bertudung . tp  tak tau cara nya . ade idea tak ?